Sedar tak sedar sudah tahun 2012. Sungguh cepat masa berlalu. Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang 2011 dalam kehidupan saya. Alhamdulillah masih bernafas untuk tahun 2012. Sepanjang 2011 banyak transformasi yang berlaku dalam hidup saya. Tahun 2011 merupakan tahun pertama saya bergelar seorang guru. Tahun pertama saya memang rasa cukup tertekan dengan bebanan tugas guru. Tapi alhamdulillah tahun 2012 rasanya macam tak berapa beban sebab tak berapa banyak jawatan. Yahoooooo! Mungkin ada 10 jawatan itu pun cuma ahli jawatankuasa. Cuma, azam saya untuk tahun baru supaya kualiti kerja saya dapat dipertingkatkan dan kurangkan mengomel. Hahahahahha!
Tahun 2011 juga saya telah mendapat seorang anak saudara pertama yang comel lagi bermata bulat!Oh, can't wait to have one! He he. Sekarang saya adalah Mak Ngah. Tapi macam tak best pulak gelaran Mak Ngah maybe boleh tukar kepada aunty Ngah.Kuikui
Untuk tahun 2011 saya telah berjaya memiliki 2 biji rumah. Satu di Perlis, satu di Klang. Syukur sangat-sangat dengan rezeki Allah bagi. Saya harap Allah murahkan rezeki untuk rumah ketiga untuk tahun 2012. Rumah banglo. Hikhik gurauja 2 biji rumah pun mepehhh nak membayar:p
Dan pencapaian terbesar bagi tahun 2011 semestinya adalah saya telah menamatkan zaman bujang saya dengan jayanya. Sungguh tak sangka. Sehingga hujung 2010 saya adalah seorang single 2011 terus kahwin. memang ekspress betul. Hahaha. Jodoh pertemuan ditangan Allah temph perkenalan bukan kayu pengukur kebahagian. Sekarang title saya adalah *ehem* Pn Nor Shakeela. Hehe. Alhamdulillah sudah selamat menjalani honeymoon di Langkawi dan Cameron Highlands. Ha ha. Mungkin looking forward for more honeymoon places for 2012! ^__________^
Penutup tahun 2011, kami telah sambut di i-city. Pergh ramai gila orang sakit gila kaki jalan jauh I prefer to have relax celebration on bed tengok tv sudah for next year. Nak celebrate kat pusat spa pun ok. Haha
HELLO 2012!
Come to mama.
Be a good year ya!



0 mutiara kata:
Post a Comment