Sunday, December 18, 2011

My Wedding Picture(s)!






Ikut hati malas nak upload gambar kahwin. Yela, tak glamour pun tapi memandangkan saya sangat free sekarang so saya rajin jugak upload dalam blog. Selamat melihat!=)










Fuh sejam hoccay nak upload 8 keping gambar cancel nak upload banyak-banyak. Heh!.

Sembilan fakta:

1. Majlis akad nikah dan sanding pada hari yang sama 20.11.2011(gambar akad nikah takde dalam koleksi lagi tunggu ehsan kakak dalam camera dia banyak insyaAllah ada kelapangan akan saya upload)

2. Takde photographer. Siapa nak ambil gambar pun boleh saya tak kenakan sebarang charge. Haha. Oh tapi  nasib baik ada member En Lili yang nak ambil gambar kteorang FOC! So memang takdelah pose yang ala-ala artis sebab dua-dua pihak sama-sama tak tahu apa nak buat. Huhu!

3. Pelamin, bilik pengantin, catering, dan khemah diuruskan sepenuhnya oleh mak ayah saya. Saya cuma keluarkan duit. Bankrap setahun. Haha

4. Walaupun musim hujan, sepanjang majlis berlangsung tak hujan selepas selesai majlis hujan terus turun. Alhamdulillah:) 

5. Banyak benda kecil-kecil yang saya tak prepare, so adalah kelam kelibut. Yeah semua saya ambil mudah tapi orang lain yang hover nak buat macamanakan.:p

6. Saya cuma ada satu baju untuk sanding dan adalah ketat. Tips: Pengantin perempuan silalah diet jangan jadi macam saya wuwuwuwu:(

7. Akan ramai orang bagi pendapat tentang penampilan anda. Kalau boleh ikut dan tak membebankan ikutjelah tapi kalau dah rasa okay buat taktau sudah hahaha

8. Makanan adalah cukup semua kenyang alhamdulillah:)

9.Pakai baju pengantin adalah panas dan agak membosankan. Ha ha

Okaylah. Itu saja. Bye.

Fakta tambahan: Saya ucapkan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang datang ke majlis saya. Kehadiran anda sangat dihargai:)

1 mutiara kata:

Feezah Hanimoon said...

keela...tahniah weh. aku takdak kat rumah. tp kan, ang tetap kelihatan garang. haha.

Related Posts with Thumbnails